Friday, June 1, 2012

Aku sebiji buah durian

Aku sebiji buah durian, aku amat berguna kepada manusia untuk mendapatkan isi. Tahun 60an,banyak orang lelaki bermain peperangan dengan kulit durian, kerana durian sangat berduri, boleh menyakitkan orang.

Isi aku boleh digunakan untuk membuat banyak makanan yang enak seperti cendol, kuih durian, pengat durian, nasi durian dan keropok durian.

Benih aku boleh ditanam untuk menjadi pokok durian yang baru. Kulit aku boleh diisi air, bercampur garam untuk diminum. Campuran ini boleh mengurangkan sakit kerongkong.

Aku boleh dibuat menjadi sangat banyak benda, oleh itu aku sangat berguna kepada manusia.

No comments:

Post a Comment