Tuesday, April 10, 2012

Kepentingan menjaga kebersihan

Kebersihan mencerminkan keperibadian setiap orang. Oleh itu, kita harus mempelajari bagaimana menjaga kebersihan.

Semasa di rumah, kita boleh membantu ibubapa melakukan kerja pembersihan. Di sekolah kita juga dididik supaya menjaga kebersihan diri. Kita boleh bergotong royong mengemaskan kelas.

Menjaga kebersihan membuatkan kita dalam keadaan selesa, juga boleh meningkatkan kesihatan kita. Yang pentingnya, kita harus memastikan kebersihan alam sekitar.

Mereka yang mencemarkan alam sekitar haruslah diberikan hukuman yang lebih berat.

Kita harus memelihara alam sekitar supaya sentiasa bersih dan kemas. Kebersihan alam sekitar merupakan asas kesihatan seseorang.

No comments:

Post a Comment